Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 7 Disember 2011

كل نفس ذائقة الموت
Setiap yang bernyawa pasti akan merasai mati


AL-FATIHAH untuk allahyarhamah opah  yang disayangi Hajah Fatimah yang kembali kerahmatullah pada hari Rabu 7 Disember 2011 jam 1.00 petang diusia 100 tahun. Jenazah telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Baru, Kuala Kangsar. Jenazah telah disembahyangkan dengan diimamkan dan di talkinkan oleh anakanda beliau Haji Zahidi.
      Semoga roh allahyarhamah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amieen...

Rabu, 30 November 2011

Selamat tahun baru 1433 Hijrah

Muharram (محرم) adalah bulan pertama mengikut perkiraan sistem Takwim Hijrah. Muharam bermaksud diharamkan atau ditegah. Allah menegah/melarang melakukan peperangan pada bulan tersebut.
     Pada bulan ini Khalifah Umar al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam hijrah sempena peristiwa hijrah Nabi Muhammad saw dari Mekah ke Madinah.
     Kita digalakkan berpuasa pada hari ke-9 dan ke-10 pada bulan Muharam. Berpuasa pada hari tersebut akan menghapus dosa tahun yang lalu dan dosa tahun yang akan datang.

Rabu, 23 November 2011

PERSEPSI YANG SALAH TERHADAP AL-QURAN DIKALANGAN ORANG ISLAM



  1. AL-QURAN DIBACA HANYA PADA HARI JUMAAT TERHAD KEPADA SURAH YAASIN SAHAJA SEDANGKAN AL-QURAN HENDAKLAH DIBACA SEPANJANG MASA.
  2. AL-QURAN DIBACA SEBAGAI ADAT PENYERI DI AWAL MAJLIS  SAHAJA SEDANGKAN IA ADALAH IBADAT YANG PERLU DIBACA TANPA MENGIRA MASA DAN KETIKA.
  3. AL-QURAN HANYA SEBAGAI PENGHIAS DI DINDING-DINDING MASJID, RUMAH DAN KERETA TANPA DIFAHAMI, DIHAYATI JAUH SEKALI DARI DIAMALKAN.
  4. AL-QURAN DIBACA DI SAAT MENGHADAPI SAKARATUL MAUT SAHAJA SEDANGKAN IA LEBIH DIPERLUKAN OLEH ORANG-ORANG YANG HIDUP.
  5. AL-QURAN DIPELIHARA DARI SEGI PANJANG PENDEK, DENGUNG JELAS PADA BACAANNYA NAMUN TIDAK DIPELIHARA DARI SUDUT HUKUM HAKAMNYA.
  6. AL-QURAN DIBACA SECARA TADARUS DI BULAN RAMADHAN TETAPI IA DITINGGALKAN TERUS DALAM BULAN-BULAN YANG LAIN.
  7. AL-QURAN  DIAMALKAN PADA AYAT-AYAT TERTENTU SEPERTI BAB PUASA DAN  SOLAT TETAPI AYAT YANG MENYENTUH HUKUM-HAKAM PERUNDANGAN SEPERTI HUDUD DAN QISAS SERTA PERPADUAN UMAT DIABAIKAN.

Selasa, 22 November 2011

توليسن جاوي


 
Kira-kira 95 peratus murid tahun enam Sekolah Kebangsaan (SK) Rapat Setia di sini mampu menguasai bacaan dan tulisan jawi dengan baik sejak melanggan akhbar Utusan Melayu Mingguan lima tahun lalu.

Guru Pendidikan Islam dan Bahasa Arab sekolah berkenaan, Mohd. Yazid Buhimin berkata, walaupun cuma melanggan sebanyak 100 naskhah akhbar tunggal bertulisan jawi itu pada setiap minggu, namun ia sudah cukup memberi kesan positif ke atas pelajar.
''Alhamdulillah akhbar Utusan Melayu Mingguan yang satu-satunya bertulisan jawi di negara ini telah memudahkan lagi proses pembelajaran jawi kalangan pelajar sekolah ini.

''Saya dapati murid sekolah cukup berminat membaca Utusan Melayu Mingguan terutama ruangan karikatur yang mencuit hati. Mereka memang suka ruangan itu dan saya cukup gembira kerana ia dapat menarik minat generasi muda membaca jawi," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di SK Rapat Setia di sini hari ini.

SK Rapat Setia mempunyai sekitar 150 orang murid tahun enam setiap tahun.
Mohd. Yazid berkata, selain ruangan karikatur, murid-murid juga cukup berminat membaca pada halaman yang mempunyai gambar-gambar menarik dan tidak membosankan.
Jelas beliau, pada masa sama, kebanyakan murid menunjukkan minat mendalam pada ruangan inovasi yang selalunya menyiarkan bahan bacaan berkaitan perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) terkini.

Katanya, ruangan itu cukup signifikan kerana membolehkan murid-murid atau generasi muda mengetahui ejaan tulisan jawi yang betul bagi peralatan komunikasi atau istilah-istilah baru dalam dunia ICT.
''Tidak ketinggalan juga ruangan tulisan khat, ia turut membantu menggalakkan murid-murid belajar menulis tulisan jawi yang cantik dan berseni.
''Pada saya akhbar Utusan Melayu Mingguan membawa banyak faedah dan manfaat kepada anak-anak murid di sekolah ini dan saya harap peranannya dapat diperluaskan agar tulisan jawi tidak 'mati' ditelan zaman," katanya.

Beliau turut menggesa semua pihak agar terus menyokong akhbar Utusan Melayu Mingguan dan mempertahankannya sehingga ke akhir zaman kerana ia merupakan warisan bangsa yang tidak ternilai.

AL-FATIHAH

Dukacita di maklumkan bahawa Tn Hj Ahmad Fadzil B Mohamad @ Dasuki Penolong Pengarah Dakwah dan Kepimpinan Sektor Pendidikan Islam,Jabatan Pelajaran Perak telah kembali ke rahmatullah pada jam 6.30 pagi tadi (Rabu 23 November 2011) di sebabkan kemalangan jalan raya. Jenazah akan di bawa balik dari Hospital Taiping ke Plot 60, Jalan Tok Pegoh,Kg Sungai Tapah,Ipoh dan akan dikebumikan di Perkuburan Islam Gurap Ipoh.Semoga  rohnya di cucuri rahmat. Amin....

Rabu, 16 November 2011

UPSR

Keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah diumumkan hari ini di Dewan Seri Gemilang SK Rapat Setia. Dari 148 orang calon yang menduduki UPSR pada tahun ini 12 orang mendapat 5A dan 18 orang mendapat keputusan 4A1B. Peratus kelulusan Bahasa Melayu Pemahaman 97.3%, Bahasa Melayu Penulisan 93.2%, Bahasa Inggeris 93.9%, Matematik 85.8% dan Sains 90.5%.

Ahad, 13 November 2011

HARI KANAK-KANAK

SAMBUTAN HARI KANAK-KANAK PERINGKAT SEKOLAH 2011 Tarikh:14 November 2011 Masa :7.30-11.30 pagi Tempat:Dataran Rapat Setia Tentatif: Perhimpunan pagi Bacaan doa Lagu Negaraku Lagu Negeri Perak Lagu SK Rapat Setia Bacaan Ikrar Ucapan Aluan Pengacara Majlis Ucapan Perlancara Hari Kanak-kanak Peringkat Sekolah oleh Guru Besar Jamuan murid Membersihkan kelas

Isnin, 10 Oktober 2011

Bangkok cemas

270 orang korban banjir
700,000 rumah musnah
1.4 juta hektar sawah tenggelam
200 kilang tutup

Bangkok diramal tenggelam jikan hujan tak henti

Ini ujian atau bala dari Allah?

Ahad, 9 Oktober 2011

PJJ upsi

semoga semester ini ana dapat belajar dengan lebih teratur....
semua koje dapat disiapkan sebelum habis tempoh.
Ya Allah!
Mudahkan urusanku untuk menuntut ilmuMu
Semoga mendapat ilmu yang bermanfaat
Fiddunya wal akhiroh