Jumlah Paparan Halaman

Ahad, 19 Februari 2012

RIADAH / SUKAN SUNNAH

Islam agama syumul (lengkap) yang mendidik umatnya untuk mencapai kebahagian dunia dan akkhirat. Amalan riadah atau bersukan adalah perkara yang perlu diberi perhatian bagi melahirkan masyarakat cerdas pemikiran dan kuat fizikal. Umat Islam tanpa mengira usia dan kedudukan wajar memanfaatkan masa terluang dengan melakukan riadah dan bersukan untuk mengekalkan kecergasan tubuh badan seterusnya dapat menunaikan amal ibadah yang difardukan dengan sempurna. Rasulullah SAW sentiasa mengingatkan umatnya menjaga kesihatan, agar terhindar daripada sebarang penyakit memudaratkan.

Rasullah SAW bersabda, "Ajarilah anak-anak kamu berkuda, berenang dan memanah.
"Hadis riwayat Bukhari bin Muslim.

1. BERKUDA
"Sesungguhnya Rasulullah SAW pernah mengadakan pertandingan pacuan kuda dan memberi hadiah kepada pemenangnya." Hadis riwayat Ahmad.

Kebaikan dari segi kesihatan
Berkuda amat baik untuk kesihatan. Seluruh anggota tubuh badan dari kepala hingga ke kaki, fizikal & mental akan mendapat manfaatnya. Bentuk lekuk badan belakang kuda - tempat ditunggang, baik untuk merawat segala masalah tulang belakang.

2.BERENANG
Semasa berenang, mental, fizikal, segala otot dan tulang rangka digerakkan  untuk membuat satu gerakan yang berkoordinasi antara dua anggota kaki dan dua anggota tangan. Berenang juga memberi peluang manusia untuk menguasai air serta menjadi berani.

 3. MEMANAH
Sabda Rasulullah SAW: "Lemparkanlah (lepaskanlah anak panah) dan tunggangilah (kuda)."
Hadis riwayat Muslim.
Rasulullah SAW juga sentiasa menunjukkan contoh terbaik kepada sahabat dalam soal ibadah mahupun perkara membabitkan kehidupan seharian. Contohnya, Baginda pernah menyertai sahabat yang bermain anak panah sebagai aktiviti riadah.
 Bersabda Rasulullah SAW, "Kamu mesti belajar memanah, kerana memanah itu termasuk sebaik-baik permainanmu." Hadis riwayat Bazzar dan Thabarani.

Selasa, 14 Februari 2012

BEKAM

Berbekam ialah menghisap atau menyedut. Ia bermaksud menghisap atau menyedut darah kotor dengan alat khas serta mengeluarkannyadari permukaan kulit dengan tusukan ringan.
Banyak hadis berkaitan bekam. Antaranya maksud hadis;
1."Sesungguhnya hendaklah kamu berbekam di tengah tengkuk, kerana ia menyembuhkan 72 penyakit,"
2. "Sesungguhnya pengubatan yang paling utama ialah berbekam." Hadis sohih.
3."Semasa aku di Isrokkan, terdapat sekumpulan malaikat yang berkata:Wahai Muhammad, perintahkanlah umatmu agar berbekam!"
4."Barangsiapa yang berbekam pada 17, 19 dan 21 haribulan (Hijrah), ia akan menyembuhkan semua penyakit."
Hendaklah berbekam (afdal) pada hari Isnin, Selasa dan Khamis.