Jumlah Paparan Halaman

Isnin, 5 Mac 2012

SURAH-SURAH AL-QURAN - MAKIYAH & MADANIYAH

 
Makiyyah 

Istilah yang diberikan kepada ayat al-Qur'an yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad/diturunkan di Makkah atau kawasan sekitarnya atau diturunkan sebelum Rasulullah s.a.w. berhijrah ke Madinah

Sebuah surah dapat terdiri atas ayat-ayat yang diturunkan di Makkah secara keseluruhannya namun boleh juga sebahagian daripadanya diturunkan di Madinah (Madaniyah).

Surah Makkiyah kebanyakannya pendek, dengan ayat yang pendek, dan kebanyakannya terletak di juz-juz terakhir al-Quran. Kebanyakan surah yang mengandungi Muqatta'at merupakan surah Makkiyah.


 
Madaniyyah 

Istilah yang diberikan kepada ayat al-Qur'an yang diturunkan di Madinah atau diturunkan setelah Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. 

Sebuah surah Madaniyah dapat terdiri atas ayat-ayat yang diturunkan di Madinah secara keseluruhan namun ada juga sebahagian daripadanya diturunkan di Makkah (Makkiyah).

Surah Madaniyah kebanyakannya panjang, dengan ayat yang panjang, dan kebanyakannya terletak di awal al-Quran.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan