"
Naskah Injil berusia
1500 tahun yang menceritakan ajaran Jesus dan kedatangan Nabi Muhammad saw.
Kerajaan Turki telah
mengesahkan sebuah injil kuno yang dijangka berusia 1500 tahun. Injil kuno
tersebut adan menyatakan ramalan kedatangan Nabi Muhammad SAW sebagai penerus
risalah Nabi Isa (Jesus) di bumi.
Paus Benedict XVI
mengaku ingin melihat sendiri Injil kuno ini.
Bahkan Injil ini
mencetuskan minat yang serius dari kalangan orang besar Vatican. Paus Benedict
XVI mengaku ingin melihat buku 1,500 tahun yang lalu ini. Kebanyakan orang
ramai menjangkakan Injil ini adalah Injil Barnabas, yang telah disembunyikan
oleh Turki selama 12 tahun iaitu bermula pada tahun 2000.
Tulisan berharga 14 juta
pound yang menggunakan bahasa Aramik (bahasa pertuturan Jesus)
Menurut Mailonline, injil
yang ditulis tangan menggunakan dakwat emas itu menggunakan bahasa Aramik.
Inilah bahasa yang dipercayai digunakan Jesus sehari-hari dalam kehidupannya di
dunia. Di dalam injil ini juga diperjelaskan ajaran asli Jesus serta ramalan
kedatangan nabi terakhir selepas Nabi Isa.
Kawasan pengguaan bahasa
Aramik dan lain-lain bahasa
Injil kuno berusia 1,500
tahun ini yang menggunakan kulit haiwan, ditemui polis Turki semasa operasi
anti penyeludupan pada tahun 2000 lalu. Injil kuno ini sekarang di simpan di
Muzium Etnografi di Ankara, Turki.
Muzium Etnografi di
Ankara, Turki yang menyimpan Injil Kuno ini
Menteri Budaya dan
Pelancongan Turki, Ertugrul Gunay mengatakan bahawa buku tersebut boleh menjadi
versi asli dari Injil. Injil ini juga boleh mengakibatkan keyakinan Gereja
Kristian yang menganggap Nabi Muhammad saw bukanlah penerus dan melengkapkan
lagi ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa as terhapus sama sekali tanpa boleh
disangkal lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan