Jumlah Paparan Halaman

Rabu, 23 Mei 2012

MAKAM (KUBUR) RASULULLAH SAW



Ziarah Kubur Nabi adalah ibadah



Dalil disunatkan menziarahi kubur Nabi:-
1. Firman Allah:
(ولو أنهم إذ ظلموا أنفسهم جاؤك فاستغفروا الله واستغفر لهم الرسول لوجدو الله توابا رحيما)
Maksudnya: Dan kalaulah mereka melakukan kezaliman terhadap diri mereka degan membuat dosa; mereka datang berjumpa denganmu (Muhammad) lalu mereka meminta ampun pada  Allah,  serta Rasul meminta ampun untuk dosa-dosa  mereka; nescaya mereka akan dapati Allah itu Maha Menerima Taubat dan Maha Pengasih.(An-Nisa: 64)

2. Hadis Nabi:

(من زار قبري وجبت له شفاعتي)
Maksudnya: Sesiapa yang menziarahi kuburku maka dia wajib mendapat syafaatku. (HR Dar Qutni)

3. Hadis Nabi:
(من زارني في المدينة محتسبا كنت له شفيعا وشهيدا يوم القيامة)
Maksudnya: Sesiapa yang menziarahiku di Madinah degan mengharapkan pahala; maka aku akan menjadi pemberi syafaat dan saksi untuk membelanya pada hari kiamat.(HR Baihaqi).

4. Hadis Nabi:
(من زارني بعد موتي فكأنما زارني في حياتي)
Maksudnya: Sesiapa yg menziarahi aku selepas kematianku seumpama dia menziarahi aku ketika aku hidup. (Hr Ad-Dar Qutni)

5. Ijmak ulama.

Qadi ‘Iyad berkata: Ziarah kubur Nabi s.a.w adalah satu sunat dari perkara yang sunat pada orang Islam yang telah disepakati oleh para ulama.

Kejadian2 luar biasa ketika menziarahi Maqam Nabi:-
1. Imam Ibnu al-Jala berkata: Aku masuk ke makam Nabi dalam keadaan aku kesusahan. maka aku mendekati makam Nabi s.a.w, seraya aku berkata: “Daku adalah tetamumu” maka aku terlelap dan melihat Nabi s.a.w memberiku sekeping roti. Lalu aku memakan setengahnya. Bila aku terjaga, aku dapati ada setengah keping roti ditanganku.
2. Ibnul Muqri berkata: Aku bersama Tabrani dan Abu syeikh berada di Madinah dalam keadaan kami kesulitan hingga menyebabkan kami menyambung puasa kami sehingga ke malam. Apabila sampai waktu Isya kamu menghampiri Makam Nabi dan aku berkata dalam keadaan mengharap: Hai Rasulallah..lapar…
Maka Tabrani berkata padaku: “Duduklah sama ada kita mati atau datang rezeki.” Lalu aku dan Abu syeikh tidur, sementara Tabrani duduk menunggu jika ade rezeki.
Maka datang seseorang bersama dua orang hamba yg membawa dua bakul yang berisi banyak makanan. Lelaki tu berkata “Kamu telah mengadu kesusahan pada Nabi; dan aku bermimpi jumpa Nabi menyuruhku supaya membawa rezeki pada kamu.”

Rumusan:
Marilah kita sama-sama berazam untuk menziarahi makamnya…rinduilah untuk bersama Nabi di Syurga… oleh itu mari kita menghidupkan sunnahnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan